Apa itu eLex | MBJB
Satu sistem yang mengumpulkan segala Undang-Undang, Akta, Peraturan, Dasar, Polisi, SOP, Garis Panduan dan dokumen rasmi yang memberi kuasa kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) untuk menjalankan tindakan penguatkuasaan, pentadbiran, perkhidmatan, pemantauan dan keputusan di dalam bentuk digital.
- Rujukan sah sebelum sesuatu tindakan dibuat.
- Menentukan kuasa & tanggungjawab jabatan.
- Menjadi asas legal bagi semua urusan MBJB
Ini merujuk kepada semua sumber perundangan dan dokumen rasmi yang digunakan MBJB sebagai asas rasmi untuk membuat apa-apa tindakan. Sumber-sumber ini menjadi landasan yang memastikan setiap tindakan yang diambil adalah berasaskan peraturan, berautoriti, selaras dengan undang-undang sedia ada dan boleh dipertanggungjawabkan mengikut prinsip tadbir urus yang baik.
Ia merangkumi
Puncakuasa Akta MBJB
Direktori Akta MBJB ialah senarai rasmi Akta, Peraturan dan Undang-Undang Kecil yang diguna pakai oleh MBJB sebagai rujukan dalam urusan pentadbiran dan penguatkuasaan.
01 Akta MBJB Berkuat Kuasa
Himpunan Akta dan Undang-Undang Kecil aktif dan semasa yang sedang diguna pakai oleh MBJB sebagai asas perundangan dalam urusan pentadbiran dan penguatkuasaan.
Lihat Akta Semasa
02 Simpanan Arkib Akta MBJB
Simpanan Arkib Akta MBJB ialah koleksi akta dan peraturan yang tidak lagi berkuat kuasa, tetapi disimpan sebagai rekod rujukan bagi tujuan semakan, sejarah dan dokumentasi pentadbiran.
Lihat Arkib Akta
Dasar MBJB
Panduan utama hala tuju rasmi yang digubal oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi mengurus pelaksanaan perkhidmatan dalam kawasan pentadbirannya.
Polisi MBJB
Asas dan rujukan jabatan dalam membuat keputusan, mengawal selia operasi serta memastikan selaras dengan dasar kerajaan negeri dan Persekutuan.
Polisi MBJB Berkuat Kuasa
Polisi rasmi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang sedang sah digunakan, diluluskan dan dikuatkuasakan dalam operasi serta pengurusan MBJB pada masa kini.
Simpanan Arkib Polisi MBJB
Repositori atau koleksi rasmi yang menyimpan semua polisi MBJB yang telah diguna pakai pada masa lalu tetapi tidak lagi berkuat kuasa kerana telah dipinda, diganti atau dibatalkan.
ISO MBJB
Pensijilan dan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (ISO) dalam pengurusan serta operasi Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
SOP MBJB
Prosedur Operasi Standard yang digubal, didokumenkan dan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).
UUK MBJB
Undang-Undang Kecil yang digubal oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru untuk mengawal selia peraturan bandar, memastikan keselamatan, kebersihan, ketenteraman awam dan pembangunan yang teratur di kawasan MBJB.
Pelan MBJB
Asas dokumen rasmi yang memberi kuasa untuk menguatkuasakan dan menyelia semua jenis pelan perancangan dalam kawasan pentadbiran MBJB
Puncakuasa Garis Panduan MBJB
Dokumen rujukan rasmi yang dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru bagi menetapkan syarat teknikal yang perlu dipatuhi dalam urusan penyampaian perkhidmatan awam dalam kawasan pentadbiran MBJB.
01 Garis Panduan Terkini
Versi terkini yang telah diluluskan, serta menjadi rujukan teknikal wajib bagi pemaju, perunding, pemilik premis, pihak industri dan jabatan MBJB sendiri.
Lihat Panduan Semasa
02 Simpanan Arkib Garis Panduan
Repositori rasmi yang menyimpan semua garis panduan versi lama yang telah digunakan pada masa lalu tetapi kini tidak lagi berkuat kuasa.
Lihat Simpanan Panduan
Pelawat
518
Pelawat PortalePK | MBJB
Statistik Pelawat Mengikut Modul
eLex Chatbot







